RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
NAMA GURU
|
: Nur Nashuha Ahda binti Mohd
Nasir
|
MATAPELAJARAN
|
: Tauhid Darjah 2
|
KELAS
|
: 2 Hanafi
|
TARIKH
|
: 5 Mac 2019
|
MASA
|
: 2.30 – 3.30 petang
|
BILANGAN
MURID
|
: 22/22
|
TAJUK
|
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi
Allah SWT:
1.4 Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis
1.5 Qiamuhu Taala Binafsihi
1.6 Al-Wahdaniah
|
KEMAHIRAN
|
: Membaca, Mendengar,
Berkomunikasi, Menjawab
|
KAEDAH
|
: Nyanyian, Syarahan dan Perbualan
|
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
|
: 1) Pelajar telah belajar Allah
bersifat Al-Wujud, Al Qidam dan Al- Baqa’.
|
HASIL
PEMBELAJARAN
|
: 1- Pelajar dapat menulis maksud
ketiga-tiga sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari.
2- Pelajar dapat menyebut maksud ketiga-tiga sifat wajib bagi Allah
yang telah dipelajari.
|
KEMAHIRAN
BERFIKIR
|
: Menganalisis, Membuat perkaitan,
Menyoal
|
PENERAPAN
NILAI
|
: Taat, Patuh, Khusyuk , Berdisiplin
|
BAHAN
|
: Video, LCD, Pembesar suara, Kad
imbasan
|
MASA/ LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan
bacaan doa
“ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن
رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan
bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar
lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
|
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
|
Set Induksi
(3 minit)
|
Tayangan video 20 Sifat Wajib bagi
Allah.
Guru akan mengemukakan
soalan kepada pelajar.
|
-Guru mempamerkan video Tayangan
video Upin & Ipin “Sifat 20 Allah” di LCD
dan guru meminta perhatian pelajar-pelajar.
-Guru membuat persoalan
“Siapa tahu apa yang akan kita
pelajari hari ini?”
Cadangan
jawapan:
1-Sifat Wajib bagi Allah
2-Sifat-Sifat Allah
|
Nilai:
-Khusyuk
-Fokus
-Berdisiplin
BBM:
-Pembesar suara
-Komputer riba
Kemahiran Berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menaakul
Strategi:
-Berpusatkan bahan (Media)
|
Langkah 1
(8 minit)
|
-Mengulangkaji pelajaran yang
lepas dan menerangkan maksud Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala
Binafsihi, Al-Wahdaniah.
1) “Mukhalafatuhu Taala
Lilhawadis”- Bersalahan dengan yang baharu.
2) “Qiamuhu Taala Binafsihi” –
Berdiri dengan sendiri.
3) “Al- Wahdaniah’”- Allah Esa.
- Memberitahu hukum beriman dengan
Sifat Wajib bagi Allah
|
-Guru mengulangkaji pelajaran
lepas yang berkaitan 3 Sifat Wajib bagi Allah kemudian menyambung 3 lagi
sifat Wajib bagi Allah
-Guru menerangkan 3 lagi Sifat
Wajib bagi Allah.
-Guru menerangkan maksud
Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al- Wahdaniah.
-Guru memberitahu kita wajib
beriman bahawa Allah bersifat dengan sifat Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis,
Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al-Wahdaniah.
|
Nilai:
-Khusyuk
-Fokus
-Patuh
Teknik:
-Syarahan
-Perbualan
Strategi:
-Berpusatkan guru
|
Langkah 2
( 6 minit)
|
-Penerangan tentang Allah tidak
akan menyerupai sesuatu malahan berdiri sendiri dan Allah itu Maha Esa (satu).
-Membuat perbincangan Allah
menjadikan manusia berlainan cap jari.
-Aktiviti “puzzle” antara perkara
kecemasan dan pihak berkuasa yang perlu dihubungi menunjukkan manusia berbeza
dengan Allah yang berdiri dengan sendiri.
-Memperdengarkan kesah zaman Nabi
Muhammad dulu Arab Jahiliah mempunyai pelbagai Tuhan dan antara nama Tuhan
mereka ialah ‘Latta’, ‘Uzza’, ‘Manata’.
|
-Guru menerangkan Allah bersalahan
dengan yang baharu itu bermaksud Allah tidak akan menyerupai sesuatu pun dan
tidak kita ketahui bagaimana rupa Allah.
-Guru juga memberikan perbezaan
Allah dengan makhluk ialah seperti manusia diketahu rupanya dan manusia
memiliki cap jari yang berbeza walaupun dilahirkan kembar.
-Guru mengeluarkan soalan “Tahukah
kamu Allah itu berdiri dengan sendirinya?” Pertukaran waktu antara siang dan
malam adalah bukti Allah SWT sentiasa mengurus Alam
- Guru membuat satu aktivit
permainan puzzle
- Guru meminta 5 orang pelajar
secara sukarela untuk ke hadapan
- Aktiviti permainan: (cantumkan
jenis kecemasan dengan pihak berkuasa)
1- kebakaran : pihak bomba
2- kecurian : pihak polis
3- kemalangan : pihak hospital
4- banjir : pihak bomba
5- kematian : pihak hospital
Guru bercerita kisah zaman Nabi
Muhammad dulu Arab Jahiliah mempunyai banyak Tuhan berbeza dengan Agama Islam
kita Allah bersifat Al-Wahdaniah iaitu Esa (satu) dan tidak ada duanya.
|
Nilai:
-Berdisiplin
-Diam
-Khusyuk
-Taat
Teknik:
-Bercerita
-Dialog
-Perbincangan
-Permainan
Kemahiran Berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menyoal
-Menganalisis
Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan murid
(Interaksi Dua Hala)
BBM:
-Permainan “Puzzle”
|
Langkah 3
(6 minit)
|
-Pengulangan pelajaran
-Maksud Allah bersifat dengan
sifat “Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis”, “Qiamuhu Taala
Binafsihi”,“Al-Wahdaniah”
-Menyoal dua orang pelajar
-Kewajipan beriman bahawa Allah
wajib bersifat dengan sifat “Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis”, “Qiamuhu Taala
Binafsihi”, “Al- Wahdaniah”.
-Perkaitan dengan kehidupan kini.
|
- Guru membuat pengulangan
berkaitan makna
1) “Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis”-
Bersalahan dengan yang baharu.
2) “Qiamuhu Taala Binafsihi” –
Berdiri dengan sendiri.
3) “Al- Wahdaniah’”- Allah Esa.
- Guru meminta 2 orang wakil
pelajar untuk menyebut maksud ketiga-tiga sifat wajib yang
dipelajari.
- Guru membuat perkaitan bahawa
dengan keesaan dan kekuasaan Allah maka terciptanya kita manusia sebaik-baik
ciptaan.
|
Nilai:
-Patuh
-Berdisiplin
-Berani
Kemahiran:
-Menjawab
-Mendengar
-Merumus
Teknik:
-Menyoal
-Dialog
|
Penutup
(5 minit)
|
-Pengukuhan dan merumus
-Memberi latihan
|
- Guru memberitahu semua pelajar
perlu mengingat Sifat Wajib bagi Allah bagi mendekatkan lagi diri mereka
dengan Allah.
- Guru memberi latihan kepada
pelajar.
|
Bbm:
-Kertas lembaran kerja
Nilai:
-Rajin
-Taat
|
CATATAN REFLEKSI:
Saya berasa terharu dan bersyukur kerana murid-murid memberikan respon yang amat baik. Walaupun pada awalnya ada lima orang budak yang mengantuk, dengan adanya tayangan video Upin & Ipin, mereka kembali bersemangat dan memberi sepenuh perhatian mereka.
Comments
Post a Comment