KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
1)
Simulasi
-Suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan
situasi sebenar bertujuan menjalankan latihan menyelesaikan sesuatu masalah.
2) Perbincangan
-Satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan antara guru dan
murid-murid di dalam kelas.
3) Kerja Kumpulan
-Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan berasaskan kepada strategi
berpusatkan murid dan bertujuan agar murid-murid dapat menguasai kemahiran yang
tertentu mengikut kadar pembelajaran yang setimpal dengan mereka.
4) Pengajaran Modul
-Pembelajaran modul merupakan kaedah mengajar individu di mana murid mengikut
panduan dan arahan guru mempelajari bahan-bahan pelajaran melalui panduan bahan bercetak.
5) Tunjuk Cara (DEMONSTRASI)
-Tunjuk cara merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran pengajar mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.
Comments
Post a Comment