RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 3 TAUHID DARJAH 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 3 TAUHID DARJAH 1
Nama Guru :Nurul Sazwani Binti Elias.
Matapelajaran :Tauhid
Kelas :1 Bukhari
Tarikh :6 Mac 2019.
Masa :2.30-3.30 petang.
Bilangan :20 orang
Tajuk :Kalimah Syahadah
i.Pengertian Kalimah Syahadah
ii.Lafaz Kalimah Syahadah.
Kemahiran :Mendengar, Membaca dan Menghafaz.
Kaedah :Syarahan dan Nyanyian
Pengetahuan sedia ada :Pelajar telah belajar 5 Rukun Islam dengan teliti.
Hasil pembelajaran :I)Pelajar dapat menyebut dan memahami pengertian lafaz 2 kalimah Syahadah beserta ertinya.
II)Pelajar dapat memelihara adab ketika menyebut lafaz 2 kalimah Syahadah.
Kemahiran berfikir :Membuat perkaitan, Soal jawab dan Merumus.
Penerapan nilai :Sopan, Taat dan Syukur
Bahan bantu mengajar:kad imbasan dan lembaran kerja.
LANGKAH/MASA
|
ISI PELAJARAN.
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
|
CATATAN.
|
PENDAHULUAN.
(2 MINIT)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan dan bacaan doa.
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتخ علينا حكمتك وانشرعلينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan bertanya khabar murid.
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan.
|
Nilai:
-Khusyuk.
-Mengamalkan adab berdoa.
|
SEINDUKSI.
(5MINIT)
|
Guru menayangkan kad imbasan yang tertulis lafaz kalimah syahadah.
Guru menanyakan kepada murid tentang pelajaran lepas.
-Cadangan jawapan:
Rukun Islam
-Apa rukun Islam yang pertama?
-Cadangan jawapan:
Mengucap 2 kalimah Syahadah.
|
-Guru bertanya kepada pelajar.
a)Apa yang kamu semua lihat pada kad imbasan ini?
b)Apakah yang akan kita pelajari hari ini?
-Cadangan jawapan:
a)Lafaz 2 kalimah Syahadah
B)Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
|
Nilai:
-Khusyuk.
-Taat
-Disiplin.
BBM
Kad imbasan
Kemahiran berfikir
-Membuat perkaitan.
Strategi:
Berpusatkan bahan(media)
Berpusatkan guru dan murid (interaksi 2 hala)
|
LANGKAH 1.
(10MINIT)
|
Menerangkan maksud pengertian kalimah Syahadah:
1) Allah sebagai Tuhan yang mentadbir sekalian alam dan
2) Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah.
Setelah bersyahadah kita wajib melaksanakan 2 janji iaitu:
1) Mengerjakan segala suruhan Allah.
2) Menjauhi segala larangan Allah.
|
Guru menanyakan kepada murid berikan 2 contoh perbuatan yang disukai dan 2 perbuatan dibenci oleh Allah.
Cadangan jawapan:
2 perbuatan yang disukai Allah
-Membantu orang buta melintas jalan.
-Menolong ibu bapa.
2 contoh perbuatan yang dibenci oleh Allah
-Menconteng dinding sekolah.
-Mencuri.
-Guru menasihati murid supaya sentiasa berkelakuan baik dan berakhlak mulia
|
Nilai:
-Fokus.
-Berusaha.
-Yakin.
BBM:
Kitab
Teknik:
Syarahan.
|
LANGKAH 2.
(5MINIT)
|
Guru membaca lafaz 2 Kalimah Syahadah dengan mahraj yang betul beserta maksud.
I) أشهد
Ertinya: Aku bersaksi
II) أن لا
Ertinya: Bahawa tiada.
III)إله
Ertinya: Tuhan yang disembah
IV) إلا الله
Ertinya: Selain Allah
V) وأشهد
Etinya: Dan Aku Bersaksi
VI) أن محمدا
Ertinya: Bahawa Nabi Muhammad S.A.W
VII) رسول الله
Ertinya: Pesuruh Allah
Guru menggunakan kad imbasan tulisan bagi pelajar melihat dengan lebih jelas.
|
-Guru membaca lafaz kalimah syahadah satu persatu dihadapan kelas kemudian diikuti oleh murid.
-Guru menerangkan satu persatu pengertian syahadah
- Pelajar diminta untuk menghafaz lafaz syahadah secara beramai-ramai.
-Pelajar menghafaz kalimah Syahadah beserta pengertiannya.
|
Nilai:
-Berusaha
-Yakin.
-Bersungguh-sungguh.
Teknik:
Hafalan
Strategi:
-Berpusatkan guru.
-Berpusatkan murid.
BBM:
Kad imbasan tulisan.
|
LANGKAH 3.
(5MINIT)
|
Pengulangan pelajaran
-Maksud Kalimah Syahadah
|
Guru menyayikan lagu lafaz 2 kalimah Syahadah dengan bersungguh-sungguh sambil memegang kad imbasan tulisan
-Pelajar menyayikan lafaz 2 kalimah syahadah bersama-sama selepas mendengar guru bernyayi.
|
Nilai:
Bekerjasama
Semangat.
Bersungguh-sungguh
Kemahiran:
Mendengar
Membaca.
Teknik:
Nyayian
BBM:
Kad imbasan tulisan.
|
PENUTUP.
(3MINIT)
|
-Beberapa orang pelajar membuat rumusan mengenai apa yang mereka dapat
-Pengukuhan dan penilaian dibuat.
-Guru memberikan beberapa soalan pada lembaran kerja berkaitan tajuk yang dipelajari.
|
-Guru meminta 3orang pelajar untuk merumus kembali apa yang dipelajari sebentar tadi.
Guru mengagihkan lembaran kerja kepada anak murid
|
BBM:
Lembaran kerja.
Nilai:
Berani
Yakin.
|
CATATAN REFLEKSI:
Saya berasa bersyukur aktiviti pengajaran saya hari ini berjalan dengan lancar.Para pelajar berasa minat untuk belajar dan mereka lebih bersemangat ketika menyanyikan 2 lafaz kalimah syahadah. Saya sangat berpuas hati serta saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Comments
Post a Comment