RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 9 TAUHID DARJAH 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 9 TAUHID DARJAH 1
Nama Guru :Nurul Sazwani Binti Elias.
Matapelajaran :Tauhid
Kelas :1 Bukhari
Tarikh :19 Mac 2019.
Masa :2.30-3.30 petang.
Bilangan :20 orang
Tajuk :Percaya kepada Rasul-Rasul.
i.Pengertian Rasul.
ii.Nama-nama Kitab
Kemahiran :Mendengar, Membaca dan menulis.
Kaedah :Dialog, Syarahan, Perbincangan,soal jawab
Pengetahuan sedia ada :Pelajar telah mempelajari senarai rukun Iman
Hasil pembelajaran :I)Pelajar dapat menyebut pengertian Rasul.
II)Pelajar dapat menyenaraikan 25 Rasul yang wajib diketahui.
III)pelajar dapat menyatakan 3 sunnah yang diajar oleh Rasulullah.
Kemahiran berfikir :Soal jawab, merumus, perbincangan, menerang.
Penerapan nilai :Khusyuk, taat, tanggungjawab dan Yakin
Bahan bantu mengajar:Kitab, kad imbasan tulisan dan kad imbasan gambar.
LANGKAH/MASA
|
ISI PELAJARAN.
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
|
CATATAN.
|
PENDAHULUAN.
(2 MINIT)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan dan bacaan doa.
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتخ علينا حكمتك وانشرعلينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan bertanya khabar murid.
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan.
|
Nilai:
-Khusyuk.
-Mengamalkan adab berdoa.
|
SEINDUKSI.
(5MINIT)
|
Guru menanyakan kepada murid tentang gambar yang mereka lihat dihadapan.
-Cadangan jawapan:
-Rasul
Adakah kamu mengetahui bilangan Rasul yang wajib kita ketahui?
Andaian jawapan:
-25
|
-Guru menampal gambar tersebut di papan putih hadapan kelas dan menanyakan soalan yang berkaitan dengan gambar yang ditampal sebentar tadi.
-Pelajar menjawab soalan guru dengan baik yang mengikut kefahaman mereka.
|
Nilai:
-Taat
-Gigih
BBM
Kad imbasan gambar
Kemahiran
Mendengar
Melihat
Bercakap
-Strategi:
Berpusatkan guru
Berpusatkan murid
Pendekatan:
Induktif
Teknik:
Soal jawab.
Perbincangan.
|
LANGKAH 1.
(10MINIT)
|
Menerangkan maksud pengertian Rasul.
i)Rasul ialah pesuruh Allah
-Rasulullah
ertinya lelaki mulia pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan wajib menyampaikannya kepada umatnya.
Nabi
Ertinya lelaki yang mulia pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk diri sendiri dan tidak wajib menyampikannya kepada umatnya.
-Kita wajib percaya bahawa Allah telah melantik ramai Rasul.
-Sunnah Rasulullah yang perlu dicontohi
|
Guru menerangkan kepada murid tentang pengertian Rasul
-Guru menampal kad imbasan gambar di hadapan kelas.
-Guru membuat banding beza antara pengertian Nabi dan Rasul
-Guru menyenaraikan sunnah yang perlu kita ikut sebagai umat Islam.
-Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk Rasul
-Pelajar menjawab mengikut pengetahuan sedia ada
|
Nilai:
-Berdisiplin
-Taat
Kemahiran:
-Mendengar
-Menerang
-Strategi:
-Berpusatkan murid dan guru.
Pendekatan:
Deduktif
|
LANGKAH 2.
(5MINIT)
|
1)Nama nabi-nabi dan Rasul-Rasul yang wajib diketahui.
-Adam
-Idris
-Nuh
-Hud
-Soleh
-Ibrahim
-Luth
-Ismail
-Ishak
-Yaacob
-yusof
-Ayub
-Syuib
-Musa
-Harun
-Zulkifli
-Daud
-Sulaiman
-Ilyas
-Ilyasak
-Yunus
-Zakaria
-Yahya
-Isa
-Muhammad S.A.W
|
-Guru menyenaraikan 25 yang wajib diketahui beserta nabinya.
-Murid diminta untuk membaca 25 nama Rasul secara bersama-sama di dalam kelas
-Guru memperdengarkan audio lagu kanak-kanak mengenai 25 bilangan Rasul
-Murid diminta untuk nyanyi secara beramai-ramai
-Murid-murid dikehendaki untuk menghafaz nama nabi-nabi dan Rasul-Rasul.
|
Nilai:
-Berusaha
-Yakin.
-Bersemangat.
Teknik:
Nyanyian
Strategi:
-Berpusatkan guru.
-Berpusatkan murid.
Kemahiran:
Mendengar
Bertutur
Membaca
BBM:
Pembesar suara.
Kad imbasan tulisan.
|
LANGKAH 3.
(5MINIT)
|
Pengulangan pelajaran
-Maksud Rasul
-Mengulang nama Nabi-nabi dan Rasul-Rasul.
|
-Guru meminta murid untuk membaca secara beramai-ramai pengertian kitab.
-Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
-Setiap kumpulan dikehendaki untuk melengkapkan puzzle nama-nama nabi dan Rasul mengikut turutan
-Kumpulan yang melakukan secara terpantas dan betul diberikan bintang.
|
Nilai:
Patuh
Kerjasama
Berusaha
Kemahiran:
Membaca.
Menerang.
Teknik:
Banding beza.
BBM:
Puzzle.
Strategi:
-Berpusatkan guru dan murid
Pendekatan:
Deduktif.
|
PENUTUP.
(3MINIT)
|
-Beberapa orang pelajar membuat rumusan mengenai apa yang mereka dapat
-Pengukuhan dan penilaian dibuat.
|
-Guru meminta 3orang pelajar untuk merumus kembali apa yang dipelajari sebentar tadi.
Guru mengagihkan lembaran kerja kepada anak murid untuk disiapkan di rumah
|
BBM:
Lembaran kerja.
Nilai:
Berani
Yakin.
|
CATATAN REFLEKSI:
Saya berasa bersyukur aktiviti pengajaran saya hari ini berjalan dengan lancar.Para pelajar berasa minat untuk belajar dan mereka lebih bersemangat ketika melakukan aktiviti puzzle. Saya sangat berpuas hati serta saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Comments
Post a Comment