RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 1 TAUHID DARJAH 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1


NAMA GURU
: Nur Nashuha Ahda binti Mohd Nasir
MATAPELAJARAN
: Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Hanafi
TARIKH
: 3 Mac 2019
MASA
: 2.30 – 3.30 petang
BILANGAN MURID
: 22/22
TAJUK
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
  1.1 Al- Wujud
  1.2 Al- Qidam  
  1.3 Al- Baqa’
KEMAHIRAN
: Membaca, Menulis dan Mendengar
KAEDAH
: Bercerita, Syarahan, Dialog
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) Pelajar telah belajar tentang rukun Iman dan rukun Islam
HASIL PEMBELAJARAN
: 1- Pelajar dapat menulis maksud Al-Wujud, Al- Qidam dan Al-Baqa’ dengan baik
  2- Pelajar dapat menyebut maksud Al- Wujud, Al- Qidam   dan Al-Baqa’ dengan betul
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, Soal jawab dan Merumus
PENERAPAN NILAI
: Taat, Patuh, Khusyuk , Rajin dan Berdisiplin
BAHAN
: Pembesar suara, Kad imbasan, Komputer riba, Kertas lembaran


MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa
 “بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
- Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
- Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
Nilai:

-Khusyuk

-Mengamalkan adab belajar
Set Induksi
(3 minit)
Bacaan Surah Al-Ikhlas ayat 1- 4 beserta penerangan maksudnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Guru bertanyakan soalan untuk membuat perkaitan
- Guru memperdengarkan bacaan Surah Al-Ikhlas ayat 1-4
- Guru bertanya kepada pelajar:

a) Surah apakah yang telah kamu dengar sebentar tadi?
b) Apakah yang akan kita pelajari hari ini?

- Cadangan jawapan:
a)  Surah Ikhlas.
b) Tentang Allah.
- Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
Nilai:

-Khusyuk
-Taat
-Berdisiplin

BBM:

-Pembesar suara
-Komputer riba

Kemahiran berfikir:

-Membuat perkaitan

Strategi:

-Berpusatkan bahan (media)
Langkah 1
(8 minit)
Menerang maksud Al-Wujud, Al-Qidam dan Al- Baqa’
“Al Wujud” – Allah ada dengan sendirinya , tiada siapa yang menjadikanya
“Al-Qidam” – Allah sedia ada, tiada permulaan dan tiada yang menjadikannya.
“Al- Baqa’”- Allah kekal, dan tidak binasa atau musnah

- Guru mempamerkan gambar panorama alam : bulan, bukit, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok.
- Guru menerangkan bahawa perkaitan alam ini diciptakan Allah tetapi Allah tidak diciptakan, malahan Allah tetap ada sekalipun alam ini musnah dan alam ini tidak kekal yang kekal hanyalah Allah SWT.
- Guru menerangkan maksud Al- Wujud, Al-Qidam, Al- Baqa’.
Nilai:

-Yakin
-Khusyuk
-Fokus

BBM:
-Kad gambar

Teknik:
-Syarahan
Langkah 2
( 6 minit)
1) Menerangkan wujud, sedia ada dan kekal Allah dan kewajipan beriman kepada ketiga-tiganya.
2) Menimbulkan persoalan bagaimana mengetahui kewujudan sesuatu.
3) Tumbesaran manusia yang ada permulaan dan dijadikan.
4) Perbezaan kekal Allah dengan kekal makhluk.
5) Memberikan jawapan serta menekankan hukum beriman bahawa Allah bersifat dengan sifat Al-Wujud, Al- Qidam dan Al-Baqa’.
- Guru menerangkan kewujudan Allah tiada yang menjadikannya.
- Guru bertanya soalan “Bagaimana kita tahu bahawa sesuatu itu wujud, walaupun kita tidak melihatnya?”
- Cadangan jawapan:
Lihat contoh kesan tapak kaki manusia di atas tanah, kita tidak dapat melihat siapa yang lalu tapi kita tahu ada orang yang telah melalui jalan itu.
- Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat dengan sifat Al-Wujud.
- Guru menceritakan kejadian manusia dari permulaan hingga lah dimatikan yang mana berbeza dengan Allah tidak ada permulaan dan tiada yang menjadikannya.
- Guru juga mengaitkan bahawa Allah kekal dan tidak akan mati seperti makhluk lain.
Nilai:

-Berdisiplin
-Diam
-Khusyuk
-Taat

Teknik:

-Bercerita
-Dialog
-Lakonan

Kemahiran berfikir:

-Membuat perkaitan
-Menyoal
-Menganalisis



Langkah 3
(6 minit)
Pengulangan pelajaran
-Maksud Allah bersifat dengan sifat Al-Wujud, Al-Qidam dan Al-Baqa’.
- Menyoal enam orang pelajar.
- Kewajipan beriman bahawa Allah wajib bersifat dengan sifat “Al-Wujud”, “Al-Qidam” dan “Al-Baqa”.
- Guru membuat pengulangan berkaitan makna Al-Wujud.
- Guru meminta enam orang pelajar tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan untuk menyebutkan maksud Allah
bersifat Al-Wujud, Al-Qidam dan Al-Baqa’ dan hukum beriman dengannya.
Nilai:

-Patuh
-Berdisiplin
-Berani

Kemahiran:

-Menjawab
-Mendengar

Teknik:

-Menyoal
-Dialog
Penutup
(5 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
-Guru memberikan beberapa soalan berkaitan tajuk.
- Guru mengagihkan kertas lembaran kepada pelajar.
- Guru memantau pelajar menjawab soalan.
BBM:

-Kertas lembaran

Nilai:

-Rajin

CATATAN REFLEKSI:

Saya bersyukur kerana semua murid memberikan perhatian yang sepenuhnya. Saya berharap murid-murid dapat memahami dengan baik apa yang telah dipelajari pada hari ini.




Comments

Popular posts from this blog

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 6 TAUHID DARJAH 1