RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 10 TAUHID DARJAH 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 10
NAMA GURU
|
: Nur Nashuha Ahda binti Mohd
Nasir
|
MATAPELAJARAN
|
: Tauhid Darjah 2
|
KELAS
|
: 2 Hanafi
|
TARIKH
|
: 24 Mac 2018
|
MASA
|
: 2.30 – 3.30 petang
|
BILANGAN
MURID
|
: 22/22
|
TAJUK
|
: Sifat Jaiz (Harus) Pada Allah
SWT
|
KEMAHIRAN
|
: Menulis, Membaca, Mendengar,
Menghafaz
|
KAEDAH
|
: Syarahan, Perbualan, Bercerita
|
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
|
:1) Pelajar telah belajar 20 Sifat
Wajib bagi Allah.
2) Pelajar telah belajar 20
Sifat Mustahil Atas Allah.
|
HASIL
PEMBELAJARAN
|
: 1- Pelajar dapat menulis maksud
sifat Jaiz.
2- Pelajar dapat menyebut
maksud sifat Jaiz.
|
KEMAHIRAN
BERFIKIR
|
: Membuat perkaitan, Merumus,
Menganalisis
|
PENERAPAN
NILAI
|
: Khusyuk, Taat, Rajin,
Berdisiplin
|
BAHAN
|
: Video, LCD, Buku teks.
|
MASA/ LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan
bacaan doa
“ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا
حكمتك وانش علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan
bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar
lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
|
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
|
Set Induksi
(3minit)
|
-Menayangkan video Upin & Ipin
membantu Mail
-Menimbulkan persoalan
-Membuat perkaitan video dengan tajuk
belajar
-Mengulangkaji sifat yang telah
dipelajari
|
-Guru menayangkan video Upin &
Ipin yang membantu Mail menjual ayam goreng di pasar
-Guru bertanya soalan kepada
pelajar.
1) Apakah video yang telah
ditayangkan tadi?
Cadangan
jawapan:
a)Video upin ipin menolong orang
b)Upin ipin mendapat upah daripada
ibu Mail
-Guru membuat perkaitan dengan
tajuk hari ini.
1)Apakah kaitan video ini dengan
tajuk yang akan diajar?
Cadangan
jawapan:
a)Menolong orang akan mendapat
ganjaran
|
Nilai:
-Khusyuk
-Teliti
BBM:
-LCD
-Video
Kemahiran
Berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menjawab
Strategi:
-Berpusatkan Bahan Media
|
Langkah 1
(8 minit)
|
Menerangkan maksud sifat Jaiz.
“Jaiz” – Harus: Harus Allah
menjadikan sesuatu atau tidak menjadikan sesuatu
- Menunjukkan beberapa kad gambar:
1)Menolong orang
2)Membaca Al- Quran
3)Mencuri
4)Memukul binatang
- kaitkan dengan ganjaran pahala
|
- Guru menerangkan maksud sifat
Jaiz pada Allah
- Guru mengaitkan dengan video
permulaan tadi yang mana dari sudut pandangan kasar apabila seseorang menolong
seseorang yang lain mereka akan diberi hadiah atau ganjaran, tetapi bagi
Allah bagi mereka yang membuat kebaikan akan mendapat ganjaran pahala dan
harus bagi Allah untuk menunaikan janjinya atau tidak menunaikan janjinya.
- Guru juga menerangkan kad gambar
yang mana perbuatan baik dan perbuatan tidak baik.
|
Nilai:
-Khusyuk
-Taat
Teknik:
-Syarahan
-Perbualan
Kemahiran
Berfikir:
-Menganalisis
Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
|
Langkah 2
( 6 minit)
|
1) Menerangkan Harus Allah
menjadikan atau tidak menjadikan sesuatu, Allah juga harus mewujudkan sesuatu
dan meniadakan sesuatu apabila telah diputuskan
5) Menekankan tentang hukum
beriman dengan sifat Allah
|
-Guru menerangkan Allah bersifat
Harus menjadikan atau tidak menjadikan sesuatu dengan kekuasaaNya dan Allah
harus mewujudkan sesuatu atau meniadakan sesuatu apabila dikehendakinya.
- Guru memberitahu kita wajib
beriman bahawa Allah bersifat harus.
|
Nilai:
-Khusyuk
-Taat
-Mendengar
Teknik:
-Syarahan
-Berdialog
-Bercerita
|
Langkah 3
(6 minit)
|
Pengulangan pelajaran
-Maksud Allah bersifat Jaiz
(Harus)
-Menyoal pelajar maksud sifat
harus Allah berserta contoh
|
-Guru membuat pengulangan
berkaitan makna Allah bersifat Harus -Guru menyoal 2 orang pelajar maksud
sifat harus Allah
-Guru meminta pelajar memberikan
contoh sifat harus Allah mengikut kefahaman mereka.
|
Nilai:
-Berani
-Taat
Teknik:
-Pengulangan
- Soal jawab
|
Penutup
(5 minit)
|
Pengukuhan dan penilaian dibuat
- Membuat rumusan
-Memberi latihan daripada buku
teks
|
-Guru menekankan tentang perlu
memahami sifat harus Allah
- Guru memberi latihan dalam buku
teks halaman 70 dan 71
|
Nilai:
-Rajin
-Taat
BBM:
-Buku teks
|
CATATAN REFLEKSI:
Saya berasa seronok kerana sebahagian besar murid di dalam kelas faham dengan apa yang dipelajari. Saya juga berharap mereka dapat mengambil input yang positif.
Comments
Post a Comment