RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 1 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN  HARIAN 1.

Nama Guru :Nurul Sazwani Binti Elias.
Matapelajaran :Tauhid
Kelas :1 Bukhari
Tarikh :3 Disember.
Masa :2.30-3.30 petang.
Bilangan :20 orang
Tajuk :Islam
             i.Pengertian Islam
             ii.Saya seorang Islam.
Kemahiran :Menulis, Membaca dan Mengklasifikasikan.
Kaedah :Bercerita, Dialog, Lakonan.
Pengetahuan sedia ada :Pelajar telah belajar ciri-ciri seorang muslim yang soleh.
Hasil pembelajaran :I)Pelajar dapat menulis pengertian Islam dari segi bahasa dan istilah.
                                   II)Pelajar dapat membuat perbezaan perbuatan yang Allah perintah dan perbuatan yang Allah larang.
Kemahiran berfikir :Membuat perkaitan, Soal jawab dan Merumus.
Penerapan nilai :Syukur, Taat dan Saling hormat menghormati.
Bahan bantu mengajar:Komputer riba,video, projektor, kad imbasan dan pembesar suara.

LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
CATATAN.
PENDAHULUAN.
(2 MINIT)
Ucapan salam, bertanya khabar dan dan bacaan doa.
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتخ علينا حكمتك وانشرعلينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
-Guru memberi salam dan bertanya khabar murid.
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan.
Nilai:
-Khusyuk.
-Mengamalkan adab berdoa.
SEINDUKSI.
(5MINIT)
Menayangkan video cara hidup Islam yang sempurna.
-Guru bertanyakan soalan untuk membuat perkaitan.
Guru menayangkan video cara hidup Islam yang sempurna.
-Guru bertanya kepada pelajar.
a)pakah yang kamu lihat di dalam video sebentar tadi?
b)Apakah yang akan kita pelajari hari ini?
-Cadangan jawapan:
a)kehidupan yang bahagia.
B)Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
Nilai:
-Khusyuk.
-Taat
-Disiplin.
BBM
-Pembesar suara.
-Komputer riba.
Kemahiran berfikir
-Membuat perkaitan.
Strategi:
Berpusatkan bahan(media)
LANGKAH 1.
(10MINIT)
Menerangkan maksud pengertian Islam dari segi bahasa dan istilah.
Bahasa: selamat atau sejahtera.
Istilah: Menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dengan melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala larangannya.

Guru memaparkan gambar sekumpulan orang Islam berjalan menuju ke masjid.
-Guru menerangkan perkaitan bahawa Allah sangat menyukai hambanya yang melaksanakan perintahnya dan akan diberikan ganjaran pahala yang amat besar.
-Guru menerangkan maksud Islam dari segi bahasa dan istilah.
Nilai:
-Fokus.
-Berusaha.
-Yakin.

BBM:
Kad imbasan.
Teknik:
Syarahan.
LANGKAH 2.
(5MINIT)
Guru menerangkan kita perlu berbangga menjadi umat Islam, guru mempamerkan gambar contoh-contoh Islam adalah Addin dan cara hidup yang sempurna.
Guru memaparkan doa amalan seharian umat Islam.

Guru menerangkan kita sebagai umat Islam perlu bersyukur dan berbangga menjadi umat Islam
Guru menyediakan contoh gambar antaranya:
Orang bersedekah.
Orang sedang solat.
Menghormati orang tua,
Menolong orang.
Orang sedang menuntut ilmu.
Guru menyayakan soalan kepada murid adakah dengan melakukan amal kebaikan yang kecik seperti mengutip sampah adakah akan mendapat ganjaran pahala?
-Cadangan jawapan:
Ya, dapat pahala.
Guru membimbing murid membaca doa amalan.
رضيت بالله ربا وبالاءسلام دينا وبمحمدنبيا ورسولا
Ertinya: Aku Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Nabi Muhamad sebagai Nabi dan Rasul.

Nilai:
-Rajin.
-Berusaha.
-Hormat menghormati.

Teknik:
Bercerita

Kemahiran berfikir:
Membuat perkaitan.
Menyoal

LANGKAH 3.
(5MINIT)
Pengulangan pelajaran
-Maksud Islam beserta contoh-contoh perbuatan yang disukai Allah.
-Menyoal 4 orang pelajar mengenai
Guru membuat pengulangan maksud Islam dan berikan contoh
-Guru meminta 2 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan untuk memberi makna Islam dan contoh perbuatan yang disukai Allah.
Nilai:
Patuh
Semangat.
Bersungguh-sungguh

Kemahiran:
Mendengar
MEnjawab.

Teknik:
Menyoal.
PENUTUP.
(3MINIT)
-Pengukuhan dan penilaian dibuat.
-Guru memberikan beberapa soalan pada lembaran kerja berkaitan tajuk yang dipelajari.
-Guru mengagihkan lembaran kerja kepada anak murid
-Guru memantau pelajar ketika menjawab soalan tersebut.
BBM:
Lembaran kerja.

Nilai:
Tanggungjawab.
Rajin.

CATATAN REFLEKSI:
Saya berasa sangat berpuas hati dan bersyukur dengan sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini kerana para pelajar memberikan kerjasama dan tumpuan ketika saya sedang mengajar.Saya akan membuat penambahbaikan dari segi alat bantu bahan mengajar saya dari semasa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 6 TAUHID DARJAH 1