RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 4 TAUHID DARJAH 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 4 TAUHID DARJAH 1
Nama Guru :Nurul Sazwani Binti Elias.
Matapelajaran :Tauhid
Kelas :1 Bukhari
Tarikh :8 Mac 2019.
Masa :2.30-3.30 petang.
Bilangan :20 orang
Tajuk :Iman
i.Pengertian Iman
ii.Memelihara Iman.
Kemahiran :Mendengar, Membaca dan Menghafaz.
Kaedah :Dialog, Syarahan, Perbincangan,soal jawab
Pengetahuan sedia ada :Pelajar telah mempelajari tentang lafaz 2 kalimah syahadah.
Hasil pembelajaran :I)Pelajar dapat menyebut dan memahami pengertian iman pada dari segi bahasa dan istilah.
II)Pelajar dapat menyatakan kepentingan memelihara Iman dalam hidup seorang mukmin.
III)Murid dapat membaca doa iman berserta ertinya.
Kemahiran berfikir :Soal jawab, merumus, perbincangan, menerang.
Penerapan nilai :Khusyuk, taat, tanggungjawab dan gigih.
Bahan bantu mengajar:Kitab, Komputer riba, LCD.
LANGKAH/MASA
|
ISI PELAJARAN.
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
|
CATATAN.
|
PENDAHULUAN.
(2 MINIT)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan dan bacaan doa.
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتخ علينا حكمتك وانشرعلينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan bertanya khabar murid.
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan.
|
Nilai:
-Khusyuk.
-Mengamalkan adab berdoa.
|
SEINDUKSI.
(5MINIT)
|
Guru menayangkan video lagu doa “memelihara Iman”
Guru menanyakan kepada murid tentang video yang mereka faham dari video tersebut?
-Cadangan jawapan:
-Lagu doa
-Doa terhindar dari dosa
|
-Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan video yang ditayangkan sebentar tadi.
-Pelajar menjawab soalan guru dengan baik yang mengikut kefahaman mereka.
|
Nilai:
-Khusyuk.
-Taat
-Gigih
BBM
Komputer riba
Slide
Kemahiran
Mendengar
Melihat
Bercakap
-Strategi:
Berpusatkan guru
Berpusatkan murid
Pendekatan:
Induktif
|
LANGKAH 1.
(10MINIT)
|
Menerangkan maksud pengertian kalimah Iman
Bahasa: Membenarkan
Istilah: Menyebut dengan lidah, membenarkan dengan hati dan membuktikan dengan perbuatan.
Menerangkan tujuan manusia dijadikan oleh Allah adalah untuk
-Menyembah dan Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah.
|
Guru menerangkan kepada murid tentang pengertian Iman dari segi bahasa dan istilah.
-Guru menjelaskan kepada murid tujuan manusia dijadikan di muka bumi ini adalah untuk apa.
-Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk Iman.
-Pelajar menjawab mengikut pengetahuan sedia ada mereka.
|
Nilai:
-Berusaha
-Patuh.
-Bersungguh-sungguh.
BBM:
Kitab
Komputer riba
Projektor.
Teknik:
Syarahan.
-soal jawab
Strategi:
-Berpusatkan murid dan guru.
Pendekatan:
Deduktif
|
LANGKAH 2.
(5MINIT)
|
Guru menjelaskan mengapa Iman perlu dipelihara
i) Kerana Iman adalah sesuatu anugerah yang sangat tinggi nilainya.
ii) Sebagai umat Islam kita wajib menjadi Iman kita
2)Guru menyenaraikan perkara yang boleh membatalkan Iman serta merosakkan Iman
i)Murtad
ii)Menyekutukan Allah
|
-Guru menanyakan kepada pelajar mengapa kita sebagai umat Islam wajib menjaga Iman.
-Guru meminta beberapa orang pelajar supaya menyenaraikan perkara yang boleh membatalkan Iman.
-Para pelajar menjawab dengan sangat baik selepas guru mengajar.
|
Nilai:
-Berusaha
-Yakin.
-Bersemangat.
Teknik:
Soal jawab.
Strategi:
-Berpusatkan guru.
-Berpusatkan murid.
Kemahiran:
Mendengar
Bercakap
Membaca
BBM:
Komputer riba.
Projektor.
|
LANGKAH 3.
(5MINIT)
|
Pengulangan pelajaran
-Maksud Iman
-Tujuan manusia dijadikan di muka bumi.
-Perkara membatalkan Iman.
|
-Guru memberi tugasan contohnya soalan berdasarkan pada LCD.
-Pelajar hanya perlu menjawab di dalam buku tulis.
|
Nilai:
Patuh
Rajin.
Berusaha
Kemahiran:
Menulis
Membaca.
Teknik:
Soal jawab
BBM:
Projektor
Komputer riba
Strategi:
-Berpusatkan guru dan murid
|
PENUTUP.
(3MINIT)
|
-Beberapa orang pelajar membuat rumusan mengenai apa yang mereka dapat
-Pengukuhan dan penilaian dibuat.
|
-Guru meminta 3orang pelajar untuk merumus kembali apa yang dipelajari sebentar tadi.
Guru mengagihkan lembaran kerja kepada anak murid untuk disiapkan di rumah
|
BBM:
Lembaran kerja.
Nilai:
Berani
Yakin.
|
CATATAN REFLEKSI:
Saya berasa bersyukur aktiviti pengajaran saya hari ini berjalan dengan lancar.Para pelajar berasa minat untuk belajar dan mereka lebih bersemangat ketika memberikan jawapan bagi pertanyaan guru. Saya sangat berpuas hati serta saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Comments
Post a Comment