RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 5 TAUHID DARJAH 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 5


NAMA GURU
: Nur Nashuha Ahda binti Mohd Nasir
MATAPELAJARAN
: Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Hanafi
TARIKH
: 12 Mac 2019
MASA
: 2.30 – 3.30 petang
BILANGAN MURID
: 22/22
TAJUK
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
  1.11 Al-Sama’
  1.12 Al- Basar
  1.13 Al- Kalam
KEMAHIRAN
: Mendengar, Membaca, Menulis
KAEDAH
: Syarahan, Perbualan, Lakonan, Bercerita
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) Pelajar telah belajar Allah bersifat Al-Wujud, Al Qidam, Al- Baqa’, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al- Wahdaniah.
  2) Pelajar telah belajar Allah besifat Al-Qudrat, Al-Iradat, Al-Ilmun dan Al-Hayat.
HASIL PEMBELAJARAN
: 1- Pelajar dapat menulis maksud ketiga-tiga sifat wajib bagi Allah.
  2- Pelajar dapat menyebut maksud ketiga-tiga sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari.
 3- Pelajar dapat menulis kesemua tiga belas sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari.
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, Menganalisis, Merumus
PENERAPAN NILAI
: Taat, Khusyuk, Berdisiplin, Bekerjasama  
BAHAN
: Video, LCD, Pembesar suara, Kertas latihan

MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa 
“ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set Induksi
(3minit)
-Menayangkan video kepada pelajar
-Menimbulkan persoalan
-Membuat perkaitan tentang manusia dikurniakan telinga, mata dan mulut
-Mengulangkaji pelajaran melalui nyanyian
-Guru bertanya kepada pelajar
1) Apakah video yang telah ditayangkan tadi?
-Cadangan jawapan:
a) anggota badan
2) Apakah kaitan video tadi dengan pelajaran hari ini
-Cadangan jawapan:
a) Sifat wajib Allah, Maha Mendengar, Melihat dan Berkata-kata
- Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini Allah bersifat Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam
- Guru mengulang kaji 10 sifat wajib bagi Allah
Nilai:
-Khusyuk
-Fokus

BBM:
-LCD
-Pembesar suara


Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menganalisis

Strategi:
-Berpusatkan bahan dan media
Langkah 1
(8 minit)
Menerangkan maksud Al-Sama’. Al-Basar dan Al-Kalam:

“Al-Sama” - Mendengar: Maha suci Allah yang Maha Mendengar tanpa menggunakan telinga atau alat pendengar.
“Al-Basar” – Melihat: Maha suci Allah yang Maha Melihat tanpa mata, teropong, mikroskop dan sebagainya.

“Al-Kalam” – Berkata-kata: Maha suci Allah yang Maha Berkata-kata tanpa mengeluarkan lafaz seperi bunyi dan suara.

- Menayangkan video dan membuat analisis
- Guru menerangkan maksud Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam.

- Guru menayangkan video manusia pelbagai kaum yang boleh bertutur bermacam-macam jenis bahasa dan video pembedahan mata.

-Guru menerangkan bahawa sifat Kalam Allah berbeza dengan manusia walaupun manusia memilik kebolehan menguasai pelbagai bahasa dan bukti Allah itu berkata-kata adalah Al-Quran.
- Guru menerangkan bagaimana manusia memerlukan mata untuk melihat berbeza dengan sifat Al-Basar Allah yang tidak memerlukan bantuan apa-apa untuk melihat
Nilai:
-Taat
-Fokus

Teknik:
-Perbualan
-Bercerita

BBM:
-Video

 Kemahiran berfikir:

-Menganalisis
-Membuat perkaitan
-Menyoal

Strategi :
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
Langkah 2
( 6 minit)
1)Menerangkan Allah Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha berkata-kata
3) Membuat perbandingan sifat Al- Basar Allah dengan penglihatan manusia.
4) Membuat persoalan tentang lebih kurang  6000 bahasa yang dituturkan penduduk dunia tetapi semuanya difahami Allah
5) Memberikan jawapan serta menekankan hukum beriman bahawa Allah bersifat dengan sifat Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam.
-Guru menerangkan Allah mendengar segala sesuatu dan setiap percakapan manusia didengar oleh Allah dalam apa jua keadaan di dunia mahupun diakhirat. Allah juga melihat setiap perbuatan hambanya sejak dari Nabi Adam lagi dan Al-Quran yang selalu dibaca itu adalah kalam Allah yang agung.
-Guru membandingkan penglihatan manusia terbatas berdasarkan tahap serta bagi melihat benda jauh manusia memerlukan bantuan teknologi sedangkan Allah sentiasa mengetahui dan melihat apa yang manusia lakukan.
- Guru membuat persoalan:
“6000 bahasa yang dituturkan oleh penduduk di dunia boleh didengari dan difahami oleh Allah yang maha kuasa.
- Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat dengan sifat Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam
Nilai:
-Taat
-Patuh
-Sopan

Teknik:
-Bercerita
-Berdialog  

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menganalisis
-Merumus

Strategi:
-Berpusatkan guru
Langkah 3
(6 minit)
Pengulangan pelajaran
-Maksud Allah bersifat dengan sifat Al-Sama’, Al-Basar, Al-Kalam
-Membuat aktiviti “lakonan”
-Membuat nilai dan pengajaran
-Guru membuat pengulangan berkaitan makna Al- Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam
-Guru menyoal 3 orang pelajar tentang maksud Allah bersifat Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam.
-Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan, kemudian setiap kumpulan perlu melakukan situasi-situasi tertentu:
1- Situasi orang buta
2- Situasi orang pekak
3- Situasi orang bisu
4- Situasi orang kurang upaya
-Guru menerangkan nilai dan pengajaran dari lakonan tersebut
Nilai:
-Berani
-Taat
-Kerjasama

Teknik:
-Pengulangan
-Lakonan

BBM:
-Situasi lakonan

Strategi:
-Berpusatkan murid
Penutup
(5 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
-Memberi kertas latihan
-Guru memberi kertas latihan padanan sifat wajib Allah dengan maksudnya kepada setiap murid
- Guru menyemak kerja pelajar
Nilai:
-Rajin
-Patuh

BBM:
-Kertas latihan

CATATAN REFLEKSI:

Saya bersyukur kerana pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokkan dan menarik. Hal ini demikian kerana sebilangan besar murid memberikan perhatian sepenuhnya ketika belajar dan saya berharap agar mereka dapat mengambil input yang positif.

Comments

Popular posts from this blog

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 6 TAUHID DARJAH 1