RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 5 TAUHID DARJAH 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 5 TAUHID DARJAH 1
Nama Guru :Nurul Sazwani Binti Elias.
Matapelajaran :Tauhid
Kelas :1 Bukhari
Tarikh :12 Mac 2019.
Masa :2.30-3.30 petang.
Bilangan :20 orang
Tajuk :Rukun Iman
i.Pengertian Rukun Iman.
ii.Meyakini Rukun Iman..
Kemahiran :Mendengar, Membaca dan Menaakul.
Kaedah :Dialog, Syarahan, Perbincangan,soal jawab
Pengetahuan sedia ada :Pelajar telah mempelajari tentang Iman.
Hasil pembelajaran :I)Pelajar dapat menyebut 6 Rukun Iman.
II)Pelajar dapat menyatakan pengertian Rukun Iman
III)pelajar dapat menyatakan 2 kepentingan beriman dengan rukun Iman.
Kemahiran berfikir :Soal jawab, merumus, perbincangan, menerang.
Penerapan nilai :Khusyuk, taat, tanggungjawab dan Yakin
Bahan bantu mengajar:Kitab, Komputer riba, LCD.
LANGKAH/MASA
|
ISI PELAJARAN.
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
|
CATATAN.
|
PENDAHULUAN.
(2 MINIT)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan dan bacaan doa.
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتخ علينا حكمتك وانشرعلينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan bertanya khabar murid.
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan.
|
Nilai:
-Khusyuk.
-Mengamalkan adab berdoa.
|
SEINDUKSI.
(5MINIT)
|
Guru menayangkan video lagu anak muslim versis upin ipin.
Guru menanyakan kepada murid tentang video yang mereka faham dari video tersebut?
-Cadangan jawapan:
-Lagu Rukun Iman upin ipin
-
|
-Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan video yang ditayangkan sebentar tadi.
-Pelajar menjawab soalan guru dengan baik yang mengikut kefahaman mereka.
|
Nilai:
-Khusyuk.
-Taat
-Gigih
BBM
Komputer riba
Slide
Kemahiran
Mendengar
Melihat
Bercakap
-Strategi:
Berpusatkan guru
Berpusatkan murid
Pendekatan:
Induktif
|
LANGKAH 1.
(10MINIT)
|
Menerangkan maksud pengertian Rukun Iman
i) Setiap umat islam wajib mempercayai Rukun Iman
ii) Terdapat 6 Rukun Iman yang wajib dipercayai oleh Orang Islam.Antaranya ialah
1)Percaya kepada Allah
2)Percaya kepada malaikat.
3)Percaya kepada kitab-kitab.
4)Percaya kepada Rasul-Rasul.
5)Percaya kepada Hari Qiamat.
6)Percaya kepada Qada’ dan Qadar.
|
Guru menerangkan kepada murid tentang pengertian Rukun Iman
-Guru menjelaskan kepada murid hukum mempercayai Rukun Iman
-Guru memaparkan 6 rukun Islam di hadapan kelas.
-Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk rukun Iman.
-Pelajar menjawab mengikut pengetahuan sedia ada mereka.
|
Nilai:
-Berusaha
-Patuh.
-Bersungguh-sungguh.
BBM:
Kitab
Komputer riba
Projektor.
Teknik:
Syarahan.
-soal jawab
Strategi:
-Berpusatkan murid dan guru.
Pendekatan:
Deduktif
|
LANGKAH 2.
(5MINIT)
|
Guru menjelaskan smengapa kita perlu meyakini setiap Rukun Iman
i) Percaya kepada Allah
- Umat Islam wajib yakin keesaan Allah sebagai Tuhan yang tiada sekutu baginya.
ii) Percaya kepada Malaikat-Malaikat.
-Umat Islam wajib yakin kewujudan malaikat-malaikat sebagai makhluk yang dijadikan daripada cahaya yang sentiasa mentaati perintah Allah
iii) Percaya kepada Kitab-Kitab.
-Umat Islam wajib yakin bahawa Allah menurunkan kitab-kitab suci supaya dijadikan sebagai panduan hidup.
Iv)Percaya kepada Rasul-rasul
-Umat Islam wajib yakin Allah mengutuskan Rasul adalah untuk menyampaikan perintah dan larangan Allah kepada manusia dan jin
V)Percaya kepada Hari Qiamat.
-Umat Islam wajib Yakin bahawa hari Qiamat pasti berlaku .
Vi)Percaya kepada Qada dan Qadar.
-Umat Islam wajib yakin bahawa setiap yang berlaku adalah mengikut ketentuan Allah dan kita wajib berusaha dan redha serta menerima segala ketentuannya.
|
-Guru menanyakan kepada pelajar mengapa kita sebagai umat Islam wajib meyakini rukun Iman.
-Guru meminta murid menunjukkan cara beriman dengan setiap rukun Iman.
-Para pelajar menunjukkan cara yang sangat baik selepas guru mengajar.
-Guru meminta murid untuk memberi 2 kepentingan meyakini 6 Rukun Islam sebagai maklumat tambahan.
-Cadangan jawapan:
-Dapat meningkatkan keimanan kepada Allah.
-Dapat menjadikan kita hamba yang soleh dunia akhirat.
-Murid memberi jawapan yang sangat baik dan berguna.
|
Nilai:
-Berusaha
-Yakin.
-Bersemangat.
Teknik:
Soal jawab.
Strategi:
-Berpusatkan guru.
-Berpusatkan murid.
Kemahiran:
Mendengar
Bercakap
Membaca
BBM:
Kitab
|
LANGKAH 3.
(5MINIT)
|
Pengulangan pelajaran
-Maksud RukunIman
-6 perkara wajib Rukun Islam.
|
-Guru meminta murid untuk membaca secara beramai-ramai pengertian Rukun Iman
-Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan.
-Guru memberi 6 kad imbasan tulisan yang mewakili 6 rukun Islam kepada setiap kumpulan.
-Kumpulan yang menyusun kad imbasan tulisan 6 rukun Islam dengan cepat dan betul mengikut turutan akan mendapat bintang.
|
Nilai:
Patuh
Kerjasama
Berusaha
Kemahiran:
Membaca.
Teknik:
Soal jawab
BBM:
Kad imbasan tulisan
Strategi:
-Berpusatkan guru dan murid
Pendekatan:
Deduktif.
|
PENUTUP.
(3MINIT)
|
-Beberapa orang pelajar membuat rumusan mengenai apa yang mereka dapat
-Pengukuhan dan penilaian dibuat.
|
-Guru meminta 3orang pelajar untuk merumus kembali apa yang dipelajari sebentar tadi.
Guru mengagihkan lembaran kerja kepada anak murid untuk disiapkan di rumah
|
BBM:
Lembaran kerja.
Nilai:
Berani
Yakin.
|
CATATAN REFLEKSI:
Saya berasa bersyukur aktiviti pengajaran saya hari ini berjalan dengan lancar.Para pelajar berasa minat untuk belajar dan mereka lebih bersemangat ketika melakukan aktiviti berkumpulan. Saya sangat berpuas hati serta saya akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Comments
Post a Comment