RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 6 TAUHID DARJAH 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 6


NAMA GURU
: Nur Nashuha Ahda binti Mohd Nasir
MATAPELAJARAN
: Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Hanafi
TARIKH
: 13 Mac 2019
MASA
: 2.30 – 3.30 petang
BILANGAN MURID
: 22/22
TAJUK
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
  1.14 Kaunuhu Qadiran
  1.15 Kaunuhu Muridan
KEMAHIRAN
: Membaca, Mendengar, Menaakul  
KAEDAH
: Syarahan, Perbualan, Perbincangan
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) Pelajar telah belajar Allah bersifat Al-Wujud, Al Qidam, Al- Baqa’, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al- Wahdaniah.
  2) Pelajar telah belajar Allah besifat Al-Qudrat, Al-Iradat, Al-Ilmun, Al-Hayat, Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam.
HASIL PEMBELAJARAN
: 1- Pelajar dapat menulis maksud Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan.
  2- Pelajar dapat menyebut maksud Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan.
  3- Pelajar dapat menulis kesemua lima belas sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari.
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, Menganalisis, Merumus
PENERAPAN NILAI
: Taat, Khusyuk , Berdisiplin, Teliti   
BAHAN
: Video, LCD, Pembesar suara, Kertas latihan, Poster.

MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa 
“ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set Induksi
(3minit)
- Menampal poster pemandangan bukit bukau, alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan
-Menimbulkan persoalan
-Membuat perkaitan
-Guru menampal poster pemandangan bukit-bukau, alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan di Cameron Highland.

-Guru bertanya soalan kepada pelajar.
1) Apa yang dapat kamu lihat dari poster ini?

Cadangan jawapan:
a) Alam sekitar
-Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini.
1) Apakah kaitan poster ini dengan tajuk yang akan diajar?

Cadangan jawapan:
a) Kekuasaan Allah
b) Kebesaran Allah  
Nilai:
-Fokus
-Teliti

BBM:
-Poster bergambar


Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menganalisis

Strategi:
-Berpusatkan bahan
Langkah 1
(8 minit)
Menerangkan maksud Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan

“Kaunuhu Qadiran” – Keadaan Allah yang Berkuasa: Allah sentiasa dalam keadaan berkuasa melakukan apa sahaja tindakan yang dikehendakinya.

“Kaunuhu Muridan” – Keadaan yang berkehendak: Allah sentiasa bersedia melaksanakan kehendaknya dan tidak didorong oleh kuasa lain.
-Menayangkan video dan membuat analisis
-Guru menerangkan maksud Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan.

-Guru menayangkan video satu bencana alam iaitu ribut petir telah belaku di Kedah baru-baru ini.

-Guru menerangkan bahawa kejadian yang berlaku itu adalah dibawah kekuasaan Allah SWT dan jika Allah berkehendakkan ia berlaku maka akan berlaku sesuatu perkara itu pada ketika itu juga tidak lambat dan tidak pula cepat.
Nilai:
-Taat
-Khusyuk

Teknik:
- Syarahan
- Perbincangan

BBM:
-Video
-LCD

 Kemahiran berfikir:
-Menganalisis
-Membuat perkaitan


Strategi :
-Berpusatkan guru
Langkah 2
( 6 minit)
1) Menerangkan Allah Maha Berkuasa terhadap umat manusia.
2) Membuat perbandingan sifat Kaunuhu Qadiran Allah sifat manusia yang lemah dan serba kekurangan
3) Menerangkan tentang Allah bersifat Kaunuhu Muridan
4) Menerangkan tentang Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan adalah penekanan bahawa Allah bersifat Al-Qudrat dan Al-Iradat
5) Menekankan tentang hukum beriman dengan sifat Allah
-Guru menerangkan Allah berkuasa dalam memberikan kelebihan kepada umatnya, Allah yang menambahkan pengetahuan manusia sehingga manusia boleh menerokai angkasa lepas.
-Guru membandingkan Allah itu berkuasa dan dalam keadaan berkuasa yang sukar difikirkan oleh akal manusia yang mana kuasa manusia itu adalah anugerah dari Allah.
- Guru menekankan tentang Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan menunjukkan Allah itu berkuasa dan dalam keadaan yang berkuasa serta Allah berkehendak dan dalam keadaan yang berkehendak dan manusia atau makhluk Allah tidak akan mampu menandingi kuasa dan menolak kehendak Allah.
- Guru memberitahu murid bahawa kita wajib beriman bahawa Allah bersifat Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan.
Nilai:
-Khusyuk
-Taat
-Mendengar

Teknik:
-Syarahan
-Berdialog  

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menganalisis
-Merumus

Strategi:
-Berpusatkan guru
Langkah 3
(6 minit)
Pengulangan pelajaran
-Maksud Allah bersifat dengan sifat Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan
- Meminta murid membaca sifat Allah dan maksudnya
- Menyoal pelajar maksud sifat Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan.
-Guru membuat pengulangan berkaitan makna Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan
-Guru meminta semua pelajar membaca sifat Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan beserta maksudnya.
-Guru menyoal 2 orang pelajar maksud Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan
Nilai:
-Berani
-Kerjasama

Teknik:
-Pengulangan

Strategi:
-Berpusatkan murid
Penutup
(5 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
-Memberi latihan daripada buku teks  
-Guru memberi latihan daripada buku teks
Nilai:
-Rajin
-Patuh

BBM:
-Buku teks

CATATAN REFLEKSI:

Saya bersyukur kerana pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Saya berharap kaedah yang saya gunakan pada kali ini dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran khusunya topik ini.


Comments

Popular posts from this blog

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 6 TAUHID DARJAH 1