RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 7 TAUHID DARJAH 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 7


NAMA GURU
: Nur Nashuha Ahda binti Mohd Nasir
MATAPELAJARAN
: Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Hanafi
TARIKH
: 17 Mac 2019
MASA
: 2.30 – 3.30 petang
BILANGAN MURID
: 22/22
TAJUK
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Allah SWT:
  1.16 Kaunuhu A’liman 
  1.17 Kaunuhu Hayyan
KEMAHIRAN
: Menulis, Mendengar, Menghafaz
KAEDAH
: Syarahan, Perbincangan, Nyanyian
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) Pelajar telah belajar Allah bersifat Al-Wujud, Al Qidam, Al- Baqa’, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al- Wahdaniah.
  2) Pelajar telah belajar Allah besifat Al-Qudrat, Al-Iradat, Al-Ilmun, Al-Hayat, Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam.
  3) Pelajar telah belajar Allah bersifat Kaunuhu Qadiran dan Kaunuhu Muridan.
HASIL PEMBELAJARAN
: 1- Pelajar dapat menulis maksud Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan.
  2- Pelajar dapat menyebut maksud Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan.  
  3- Pelajar dapat menulis kesemua tujuh belas sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari.
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, Menganalisis, Merumus
PENERAPAN NILAI
: Patuh, Rajin, Berusaha, Taat
BAHAN
: Video, LCD, Pembesar suara, Kertas lembaran kerja.

MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa 
“ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش   علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set Induksi
(3minit)
-Menayangkan video bencana alam Tsunami yang pernah berlaku suatu ketika dahulu
-Menimbulkan persoalan
-Membuat perkaitan video dengan tajuk belajar
-Mengulangkaji sifat yang telah dipelajari
-Guru menayangkan video bencana alam Tsunami yang pernah berlaku di Acheh suatu ketika dahulu
-Guru bertanya soalan kepada pelajar.
1) Apakah video yang telah ditayangkan tadi?
Cadangan jawapan:
a) Bencana Tsunami
-Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini.
1) Apakah kaitan video ini dengan tajuk yang akan diajar?
Cadangan jawapan:
a) Allah Maha Mengetahui
b) Hari Kiamat
Nilai:
-Fokus
-Khusyuk

BBM:
-LCD
-Video

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan

Strategi:
-Berpusatkan bahan
Langkah 1
(8 minit)
Menerangkan maksud Kuanuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan

“Kaunuhu A’liman” – Keadaan Allah yang Mengetahui: Allah sentiasa dalam keadaan mengetahui segala keadaan makhluknya pada masa lalu, sekarang dan masa hadapan.
“Kaunuhu Hayyan” – Keadaan Allah yang Maha Hidup: Keadaan Allah yang Maha hidup dan terus kekal hidup selama-lamanya.

- Menayangkan video dan membuat analisis
- Guru menerangkan maksud Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan.

- Guru mengaitkan dengan video permulaan tadi yang mana kejadian Tsunami itu semuanya di bawah ilmu Allah, hanya Allah yang mengetahui bila dan mengapa berlaku bencana di bumi ini.
-Guru menerangkan bahawa kejadian Tsunami itu membuktikan setiap makhluk dan ciptaan di bumi Allah ini akan mati dan hapus jika Allah mengkehendakinya dan yang kekal hidup itu hanya Allah SWT.
Nilai:
-Memberi perhatian
-Taat

Teknik:
-Syarahan
-Bercerita

Kemahiran berfikir:
-Menganalisis
-Membuat perkaitan


Strategi:
-Berpusatkan guru
Langkah 2
( 6 minit)
1) Menerangkan Allah Maha Mengetahui dan Ilmu Allah itu tidak akan tercapai dengan tahap pemikiran manusia
2) Membuat perbandingan Ilmu Allah mengatasi ilmu manusia
3) Menerangkan tentang Allah bersifat Kaunuhu Hayyan
4) Menerangkan tentang Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan adalah penekanan bahawa Allah bersifat Al-Ilmun dan Al-Hayat
5) Menekankan tentang hukum beriman dengan sifat Allah
-Guru menerangkan Allah mengetahui apa yang tidak diketahui manusia, yang mana pengetahuan Allah tidak tercapai oleh akal manusia biasa seperti contoh penciptaan bintang-bintang di langit.
-Guru membandingkan Allah itu Maha Mengetahui mengatasi ilmu manusia kerana manusia tidak akan mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa hadapan berbanding Allah kerana semua yang berlaku adalah aturan Allah yang Maha Mengetahui dan Allah bersifat Kaunuhu Hayyan yang kekal hidup selama-lamanya dan tidak akan mati.
- Guru menekankan tentang Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan menunjukkan Allah itu mengetahui dalam keadaan yang sangat mengetahui yang nampak atau tidak dan keadaan Allah maha hidup yang mana tidak makan dan tidak minum tetapi kekal hidup dan tidak mati.
- Guru memberitahu kita wajib beriman bahawa Allah bersifat Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan
Nilai:
-Khusyuk
-Taat
-Mendengar

Teknik:
-Syarahan
-Berdialog 
-Bercerita

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menganalisis
-Merumus

Strategi:
-Berpusatkan guru
Langkah 3
(6 minit)

Pengulangan pelajaran
-Maksud Allah bersifat dengan sifat Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan
- Meminta murid membaca sifat Allah dan maksudnya serta menulis di papan hitam -Menyoal pelajar maksud sifat Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan,
-Guru membuat pengulangan berkaitan makna Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan
-Guru meminta semua pelajar membaca sifat Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan berserta maksudnya, kemudian dua orang pelajar diminta menulis semula maksud dan sifatnya di papan hitam
-Guru menyoal 2 orang pelajar maksud Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan.
Nilai:
-Berani
-Fokus
-Taat

Teknik:
-Pengulangan
-Soal jawab

Strategi:
-Berpusatkan murid
Penutup
(5 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
-Mendengarkan nyanyian nasyid Opick ‘Allah Maha Besar’
-Merumuskan melalui nasyid
-Memberi latihan daripada kertas lembaran kerja
-Guru mendengarkan nasyid Opick ‘Allah Maha Besar’
- Guru memberitahu pelajar bahawa setiap yang berlaku adalah dalam pengetahuan Allah termasuk ajal maut.
-Guru memberi latihan kertas kerja padanan dan lengkapkan jawapan.
Nilai:
-Rajin
-Taat

BBM:
-Video
-Lembaran kerja


CATATAN REFLEKSI: 

Saya bersyukur kerana pembelajaran pada hari ini berjalan lancar seperti yang saya jangka. Saya berharap agar murid-murid sentiasa mengagumi kekuasaan Allah dan sentiasa menurut perintahNya.

Comments

Popular posts from this blog

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 6 TAUHID DARJAH 1