RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 8 TAUHID DARJAH 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 8
NAMA GURU
|
: Nur Nashuha Ahda binti Mohd
Nasir
|
MATAPELAJARAN
|
: Tauhid Darjah 2
|
KELAS
|
: 2 Hanafi
|
TARIKH
|
: 19 Mac 2019
|
MASA
|
: 2.30 – 3.30 petang
|
BILANGAN
MURID
|
: 22/22
|
TAJUK
|
: Sifat-sifat Yang Wajib Bagi
Allah SWT:
1.18 Kaunuhu Sami’an
1.19 Kaunuhu Basiran
1.20 Kaunuhu Mutakalliman
|
KEMAHIRAN
|
: Membaca, Menulis, Berkomunikasi
, Menaakul
|
KAEDAH
|
: Syarahan, Bercerita,
Perbincangan
|
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
|
: 1) Pelajar telah belajar Allah
bersifat Al- Wujud, Al Qidam, Al-
Baqa’, Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis, Qiamuhu Taala Binafsihi dan Al-
Wahdaniah.
2) Pelajar telah belajar Allah besifat Al-Qudrat, Al-Iradat, Al-Ilmun,
Al-Hayat, Al-Sama’, Al-Basar dan Al-Kalam.
3) Pelajar telah belajar Allah bersifat Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan,
Kaunuhu A’liman dan Kaunuhu Hayyan.
|
HASIL
PEMBELAJARAN
|
: 1- Pelajar dapat menulis maksud
Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kauhunu Mutakalliman.
2- Pelajar dapat menyebut maksud Kaunuhu
Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kauhunu Mutakalliman.
3- Pelajar dapat menulis kesemua dua puluh
sifat wajib bagi Allah yang telah dipelajari.
|
KEMAHIRAN
BERFIKIR
|
: Membuat perkaitan, Merumus,
Menganalisis
|
PENERAPAN
NILAI
|
: Patuh, Khusyuk, Taat, Rajin,
Bekerjasama
|
BAHAN
|
: Video, LCD, Kertas
sebak, Pen marker, Kertas latihan
|
MASA/ LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Ucapan salam, bertanya khabar dan
bacaan doa
“ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا
حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-Guru memberi salam dan
bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar
lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
|
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
|
Set Induksi
(3minit)
|
-Menayangkan video pasukan debat
sedang berdebat di dalam satu pertandingan
-Menimbulkan persoalan
-Membuat perkaitan video dengan
tajuk belajar
-Mengulangkaji sifat yang telah
dipelajari
|
-Guru menayangkan video ‘Debat Diraja 2011 Kategori Muda (Akhir)
UKM vs UMP’
-Guru bertanya soalan kepada
pelajar.
1) Apakah video yang telah
ditayangkan tadi?
Cadangan
jawapan:
a) Pertandingan debat
-Guru membuat perkaitan dengan
tajuk hari ini.
1) Apakah kaitan video ini dengan
tajuk yang akan diajar?
Cadangan jawapan:
a) Pendebat bercakap
b) Pendebat mendengar
c) Pendebat melihat
- Guru bertanya sifat wajib Allah
yang telah dipelajari.
|
Nilai:
-Fokus
-Teliti
BBM:
-LCD
-Video
Kemahiran
berfikir:
-Membuat perkaitan
- Menganalisis
Strategi:
-Berpusatkan bahan media
|
Langkah 1
(8 minit)
|
Menerangkan maksud Kuanuhu
Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman
“Kaunuhu Sami’an” – Keadaan Allah
yang Maha Mendengar: Keadaan Allah yang maha berkuasa sentiasa mendengar dan
tidak leka dan terlupa.
“Kaunuhu Basiran” – Keadaan Allah
yang Maha Melihat: Keadaan Allah yang Maha berkuasa berterusan melihat dan
tidak terlepas pandang.
“Kaunuhu Mutakalliman” – Keadaan
Allah yang Maha berkata-kata: Allah Maha Berkata-kata dengan tidak
menggunakan sebarang alat pertuturan.
- membuat perbincangan
|
- Guru menerangkan maksud Kaunuhu
Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman.
- Guru mengaitkan dengan video
induksi tadi manusia juga diberi kelebihan dapat mendengar, bercakap dan
melihat tapi berbeza nya manusia memerlukan bantuan daripada Allah
-Guru menerangkan bahawa manusia
dapat mendengar tetapi yang berdekatan dengan mereka sahaja berbeza dengan
sifat Allah maha mendengar sehalus-halus suara, manusia juga dapat
melihat tetapi apa yang hanya dihadapan mereka berbeza dengan Allah
penglihatan Allah meluas, manakala manusia dapat berkata-kata dengan kuat
apabila menggunakan alat teknologi berbeza dengan Allah SWT yang tidak
menggunakan sebarang alat pertuturan.
|
Nilai:
-Khusyuk
- Taat
Teknik:
- Syarahan
- Bercerita
- Perbincangan
Kemahiran berfikir:
-Menganalisis
-Membuat perkaitan
Strategi:
-Berpusatkan guru
|
Langkah 2
( 6 minit)
|
Aktiviti berkumpulan di dalam
kelas :
1)membahagikan pelajar kepada
empat kumpulan (dua kumpulan lelaki dan dua kumpulan perempuan)
2) membahagikan satu tugasan bagi
setiap kumpulan
3) setiap kumpulan membuat perbentangan
4) membuat kesimpulan daripada
aktiviti dengan tajuk pelajaran
5) Menekankan tentang hukum
beriman dengan sifat Allah
|
-Guru membahagikan pelajar kepada
4 kumpulan
- Guru memberikan setiap kumpulan
tajuk tugasan dan setiap kumpulan menerima sehelai kertas sebak dan sebatang
pen marker
- Tajuk aktiviti ialah:
1) Perasaan manusia apabila
mendengar perkara yang sama berulang kali
2) Perbezaan apabila mendengar
suara yang kuat dengan suara yang perlahan
3) Perbezaan penglihatan manusia
dengan sifat melihat Allah
4) Manusia menggunakan alat
bantuan seperti mikrofon untuk bercakap dalam keadaan kuat dan jelas.
-Guru meminta setiap kumpulan
untuk membuat pembentangan
- Guru menerangkan bahawa aktiviti
yang dibuat menjelaskan bahawa tahap manusia ini sangat terbatas dan ada
kekurangan disetiapnya berbeza dengan Allah yang tidak ada kecacatan.
- Guru memberitahu kita wajib
beriman bahawa Allah bersifat Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu
Mutakalliaman.
|
Nilai:
-Taat
-Patuh
-Bekerjasama
Teknik:
-Syarahan
-Berdialog
-Perbincangan
Kemahiran
berfikir:
- Menjawab soalan
-Menganalisis
-Merumus
Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
BBM:
-Kertas sebak
-Pen marker
|
Langkah 3
(6 minit)
|
Pengulangan pelajaran
-Maksud Allah bersifat dengan
sifat Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman.
-Meminta murid membaca sifat Allah
dan maksudnya serta menulis di papan hitam.
-Menyoal pelajar maksud sifat
Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman.
|
-Guru membuat pengulangan berkaitan
makna Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman.
-Guru meminta semua pelajar
membaca sifat Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman.
berserta maksudnya, kemudian dua
orang pelajar diminta menulis semula maksud dan sifatnya di papan hitam
-Guru menyoal 2 orang pelajar
maksud Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakalliman.
|
Nilai:
-Khusyuk
-Berani
-Taat
Teknik:
-Pengulangan
-Soal jawab
Strategi:
-Berpusatkan murid
|
Penutup
(5 minit)
|
Pengukuhan dan penilaian
dibuat
-Membuat latihan di dalam kelas
-Memberi kertas latihan
|
-Guru membuat latihan di dalam
kelas bersama-sama
-Guru memberi kertas latihan
kepada pelajar.
|
Nilai:
-Rajin
-Taat
BBM:
-Lembaran kerja
|
CATATAN REFLEKSI:
Saya bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan baik. Para murid juga menumpukan perhatian ketika menonton video debat itu. Saya berharap kaedah yang saya gunakan ini berkesan.
Comments
Post a Comment