RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 8 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN  HARIAN (RPH) 8 TAUHID DARJAH 1


Nama Guru :Nurul Sazwani Binti Elias.
Matapelajaran :Tauhid
Kelas :1 Bukhari
Tarikh :16 Mac 2019.
Masa :2.30-3.30 petang.
Bilangan :20 orang
Tajuk :Percaya kepada Kitab-Kitab
             i.Pengertian Kitab.
            ii.Nama-nama Kitab
Kemahiran :Mendengar, Membaca dan menulis.
Kaedah :Dialog, Syarahan, Perbincangan,soal jawab
Pengetahuan sedia ada :Pelajar telah mempelajari senarai rukun Iman
Hasil pembelajaran :I)Pelajar dapat menyebut pengertian kitab
II)Pelajar dapat menyenaraikan 4 buah kitab yang wajib diketahui.
III)pelajar dapat menyatakan 3 kandungan Al-Quran
Kemahiran berfikir :Soal jawab, merumus, perbincangan, menerang.
Penerapan nilai :Khusyuk, taat, tanggungjawab dan Yakin
Bahan bantu mengajar:Kitab, kad imbasan tulisan dan kad imbasan gambar.



LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
CATATAN.
PENDAHULUAN.
(2 MINIT)
Ucapan salam, bertanya khabar dan dan bacaan doa.
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتخ علينا حكمتك وانشرعلينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
-Guru memberi salam dan bertanya khabar murid.
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan.
Nilai:
-Khusyuk.
-Mengamalkan adab berdoa.
SEINDUKSI.
(5MINIT)


Guru menanyakan kepada murid tentang gambar yang mereka lihat dihadapan.
-Cadangan jawapan:
- Mengaji.
-Membaca Al-Quran
Kamu semua suka membaca dan mendengar ayat Al-Quran tidak?
Andaian jawapan:
-Sangat suka.



-Guru menampal gambar tersebut di papan putih hadapan kelas dan menanyakan soalan yang berkaitan dengan gambar yang ditampal sebentar tadi.
-Pelajar menjawab soalan guru dengan baik yang mengikut kefahaman mereka.

Nilai:
-Taat
-Gigih
BBM
Kad imbasan gambar
Kemahiran
Mendengar
Melihat
Bercakap
-Strategi:
Berpusatkan guru
Berpusatkan murid
Pendekatan:
Induktif
Teknik:
Soal jawab.
Perbincangan.
LANGKAH 1.
(10MINIT)
Menerangkan maksud pengertian kitab
i) Kitab adalah himpunan wahyu Allah yang mengandungi petunjuk dan panduan hidup yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasul-Nya melalui Malaikat Jibril.
ii) Wajib patuh pada setiap ajarannya di dalam Al-Quran.

Guru menerangkan kepada murid tentang pengertian Kitab
-Guru menjelaskan kepada murid hukum mempercayai ajaran Al-Quran
-Guru menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk Kitab
-Pelajar menjawab mengikut pengetahuan sedia ada

Nilai:
-Berdisiplin
-Taat
Kemahiran:
-Mendengar
-Menerang
-Strategi:
-Berpusatkan murid dan guru.
Pendekatan:
Deduktif
LANGKAH 2.
(5MINIT)
1) Nama 4 buah kitab yang wajib ketahui berserta nabinya.
1)Kitab Zabur
-Diturunkan kepada Nabi Daud
2) Kitab Taurat
-Diturunkan kepada Nabi Musa.
3) Kitab Injil
-Diturunkan kepada Nabi Isa.
4) Kitab Al-Quran.
Diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.


-Guru menyenaraikan 4 nama buah nama kitab yang wajib diketahui beserta nabinya.
-Murid diminta untuk membaca4 nama buah kitab secara bersama-sama di dalam kelas
Guru menyoal 2 orang pelajar tentang nama-nama kitab dan diturunkan kepada nabi siapa.
-Guru menjelaskan kandungan yang terdapat di dalam Al-Quran
-Ajaran Aqidah.
-Hukum dan peraturan beribadat(Syariat).
-Panduan bermasyarakat.(Akhlak)
-Kisah para nabi dan orang soleh.


Nilai:
-Berusaha
-Yakin.
-Bersemangat.
Teknik:
Soal jawab.
Strategi:
-Berpusatkan guru.
-Berpusatkan murid.
Kemahiran:
Mendengar
menjelaskan
Membaca
BBM:
Kad imbasan tulisan.
LANGKAH 3.
(5MINIT)
Pengulangan pelajaran
-Maksud Kitab
-Mengulang 4 nama kitab.

-Guru meminta murid untuk membaca secara beramai-ramai pengertian kitab.
-Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
-Setiap kumpulan dikehendaki untuk memadankan nama kitab beserta nabinya pada kad roda ajaib tersebut.
-Kumpulan yang melakukan secara terpantas dan betul akan mendapat penanda buku.
Nilai:
Patuh
Kerjasama
Berusaha
Kemahiran:
Membaca.
Menerang.
Teknik:
Soal jawab
BBM:
Kad roda ajaib.
Strategi:
-Berpusatkan guru dan murid
Pendekatan:
Deduktif.
PENUTUP.
(3MINIT)
-Beberapa orang pelajar membuat rumusan mengenai apa yang mereka dapat
-Pengukuhan dan penilaian dibuat.

-Guru meminta 3orang pelajar untuk merumus kembali apa yang dipelajari sebentar tadi.
Guru mengagihkan lembaran kerja kepada anak murid untuk disiapkan di rumah

BBM:
Lembaran kerja.

Nilai:
Berani
Yakin.



CATATAN REFLEKSI:
Saya berasa bersyukur aktiviti pengajaran saya hari ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat 5 orang anak murid saya yang mengantuk kemudian apabila saya membuat aktiviti secara berkumpulan yang mana ia memerlukan pergerakkan iaitu kad roda ajaib.Ia sangat membantu kepada pengajaran dan pembelajaran saya dijalankan bagi menambahkan keseronokan dalam menuntut ilmu.

Comments

Popular posts from this blog

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 6 TAUHID DARJAH 1