RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 9 TAUHID DARJAH 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 9


NAMA GURU
: Nur Nashuha Ahda binti Mohd Nasir
MATAPELAJARAN
: Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Hanafi
TARIKH
: 20 Mac 2019
MASA
: 2.30 – 3.30 petang
BILANGAN MURID
: 22/22
TAJUK
: Sifat-sifat Yang Mustahil Atas Allah SWT:
  2.1 Sifat Mustahil Atas Allah
  2.2 Sifat-sifat Mustahil Atas Allah.
KEMAHIRAN
: Membaca, Menulis, Menaakul
KAEDAH
: Syarahan, Perbualan, Permainan
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) Pelajar telah belajar 20 Sifat Wajib bagi Allah
HASIL PEMBELAJARAN
: 1- Pelajar dapat menulis maksud 20 Sifat Mustahil Atas Allah.
  2- Pelajar dapat menyebut maksud 20 Sifat Mustahil Atas Allah.
  3- Pelajar dapat menulis kesemua dua puluh sifat mustahil atas Allah.
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, Merumus, Menganalisis
PENERAPAN NILAI
: Khusyuk, Taat, Rajin, Berusaha
BAHAN
: Video, LCD,  Kotak beracun, Kertas latihan

MASA/ LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa
 “ بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش   علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
-Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
-Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
Nilai:
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set Induksi
(3minit)
-Menayangkan video 20 sifat mustahil atas Allah
- menimbulkan persoalan
-membuat perkaitan video dengan tajuk belajar.
-Guru menayangkan video 20 Sifat Mustahil Atas Allah.
-Guru bertanya soalan kepada pelajar.
1) Apakah video yang telah ditayangkan tadi?
Cadangan jawapan:
a) Sifat mustahil Allah
-Guru membuat perkaitan dengan tajuk hari ini.
1) Apakah kaitan video ini dengan tajuk yang akan diajar?
Cadangan jawapan:
a) Belajar dua puluh sifat mustahil Allah.
Nilai:
- Fokus
- Khusyuk

BBM:
-LCD
-Video

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menganalisis

Strategi:
-Berpusatkan bahan media
Langkah 1
(8 minit)
Menerangkan maksud mustahil Allah:
-Suatu yang tidak layak atas Allah dan itu menunjukkan kelemahan dan kekurangan.  
- Sifat Mustahil Atas Allah ada 20:
Al- A’dam” – Tiada
Al- Hudus” – Baharu
Al- Fana’ ” – Binasa
Mumatsalatu Lil Hawaditsi” – Bersamaan dengan yang baharu
“ Ihtiyajuhu Ila’ Ghairihi” – Berhajat kepada yang lain
Al- Ta’adud” – Berbilang- bilang
Al- A’jzu” - Lemah
Al- Karahah” – Digagahi
Al- Jahlun” – Bodoh
Al- Bukmun” – Bisu
Al- Somamun” – Tuli
Al- U’mi” – Buta
Al- Mautun” – Mati
Kaunuhu A’jizan” – keadaan lemah
Kaunuhu Karihah” –
Keadaan digagahi
Kaunuhu Jahilan” – Keadaan bodoh
Kaunuhu Mayyitan” – Keadaan mati
“ Kaunuhu Asomma” – Keadaan tuli
“ Kaunuhu A’ma – Keadaan buta
Kaunuhu Abkama” – Keadaan bisu.
- Guru menerangkan maksud mustahil atas Allah ialah suatu yang tidak layak atas Allah dan itu menunjukkan kelemahan dan kekurangan yang mana sangat berjauhan dengan sifat Allah yang tidak ada kekurangan.
-Guru menerangkan maksud 20 sifat Mustahil Allah berserta maknanya setiap satu.
1- Mustahil bagi Allah bersifat tiada
2- Mustahil Allah bersifat baharu kerana Allah tidak serupa atau sama dengan yang baharu.
3- Mustahil bagi Allah bersifat binasa atau tidak kekal.
4- Mustahil Allah bersifat bersamaan dengan baharu kerana Allah tidak akan sama dengan makhluk ciptaannya.
5- Allah mustahil untuk berhajat kepada yang lain kerana kekuasaan Allah tidak terjangkau dek fikiran manusia.
6- Mustahil Allah berbilang-bilang kerana Allah itu Esa
7- Mustahil Allah lemah kerana Allah yang menghidupkan dan mematikan
8- Mustahil Allah tidak berupaya kerana Allah yang berupaya menciptakan manusia.
9- Mustahil Allah bersifat bodoh kerana Allah Mah Bijaksana
10- Mustahil bagi Allah untuk mati kerana Allah kekal hidup.
Nilai:
-Khusyuk
-Taat

Teknik:
-Syarahan
-Perbualan

 Kemahiran berfikir:
-Menyoal



Strategi:
-Berpusatkan guru

BBM:
-Kad tulisan
Langkah 2
( 6 minit)
Sambungan peneranan 10 sifat mustahil atas Allah
11- Mustahil Allah bersifat tuli kerana Allah tidak pekak dan tuli, Allah maha Mendengar.
12- Allah mustahil bersifat buta kerana Allah Maha Melihat
13- Mustahil Allah itu bisu kerana Allah Maha Berkata-kata.
14- Mustahil Allah berkeadan  dengan keadaan lemah
15- Mustahil Allah terpaksa untuk menjadikan sesuatu kerana Allah sifat berkehendak
16- Allah mustahil berkeadaan  bodoh kerana Ilmu Allah itu mengatasi segala ilmu
17-  Mustahil bagi Allah berkeadaan mati kerana Allah kekal hidup
18- Mustahil Allah itu berkeadaan tuli kerana Allah Maha Mendengar segala sesuatu
19- Allah mustahil berkeadaan buta sedangkan Allah Maha Melihat
20- Mustahil Allah berkeadaan bisu
Nilai:
-Taat
-Patuh
-Khusyuk   

Teknik:
-Syarahan
-Berdialog  

Kemahiran berfikir:
-Menganalisis

Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan

BBM:
-Kad tulisan
Langkah 3
(6 minit)

Pengulangan pelajaran
-Mengulang kembali sifat mustahil atas Allah berserta maksud dengan cara nyanyian  
-Kaedah permainan “ kotak beracun”
-Pelajar memberi maksud bagi sifat mustahil yang di terima.
-Guru membuat pengulangan berkaitan 20 sifat Mustahil Atas Allah dengan makna nya menggunakan kaedah nyanyian
- Guru membuat satu permainan kotak beracun:
1) Guru membuka muzik dan kotak beracun bergerak kepada pelajar
2) Apabila lagu dimatikan pelajar yang mendapat kotak beracun akan mencabut satu kertas daripadanya
3) Pelajar akan memberikan maksud bagi sifat mustahil yang telah dicabut.
Nilai:
-Berani
-Taat

Teknik:
-Pengulangan
-Nyanyian
-Permainan

Strategi:
-Berpusatkan murid

BBM:
-Kotak beracun
-Video dan audio lagu serta pembesar suara
Penutup
(5 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat 
-Menyalin jadual daripada buku teks
-Manawa latihan daripada buku teks
-Guru meminta pelajar menyalin jadual dalam buku teks di halaman 64 dan 65
-Guru memberi latihan daripada buku teks halaman 57 dan 59
Nilai:
-Rajin
-Taat
-Patuh

BBM:
-Buku teks

CATATAN REFLEKSI:

Alhamdulillah, pengajaran pada hari ini berjalan dengan baik sekali walaupun terdapat enam orang murid yang ngantuk dan bosan. Dengan adanya aktiviti kotak beracun ini, mereka telah menunjukkan minat mereka di dalam kelas.

Comments

Popular posts from this blog

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 6 TAUHID DARJAH 1