STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


DEFINISI
Cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif  pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.

BERPUSATKAN GURU
·         Memainkan peranan utama.
·         Guru menguasai dan mengawal aktiviti.
·         Guru banyak memberi penerangan.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU
1)      Mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
2)      Interaksi guru dan pelajar adalah sehala.
3)      Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik.
4)      Murid menjadi kurang kreatif.
5)      Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.

BERPUSATKAN MURID
·         Murid memainkan peranan yang penting.
·         Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif.
·         Guru ialah seorang pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti.
·         Penggunaan teknik inkuiri penemuan, perbincangan, sumbangsaran, dan main   peranan.

CIRI-CIRI BERPUSATKAN MURID
1)      Ciri kepimpinan bersifat demokratik.
2)      Komunikasi berlaku secara dua hala.
3)      Lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid.
4)      Murid menunjukkan sifat kreatif.

BERPUSATKAN BAHAN
·         Guru menyampaikan pengajaran dengan menggunakan bahan,
·         Murid boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri atau   berkumpulan tanpa kehadiran guru.
·         Buku skrap, modul, audio-visual dengan  menggunakan projektor.

CIRI-CIRI BERPUSATKAN BAHAN
1)      Bahan pelajaran memainkan peranan penting.
2)      Komunikasi antara guru dan bahan.
3)      Menekankan kepentingan kognitif atau sumatif.

Comments

Popular posts from this blog

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 2 TAUHID DARJAH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 6 TAUHID DARJAH 1